Fotografi
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca-pembaca blog tali merah dan tak lupa juga Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Hari ini sudah hari raya ke-3. Dalam sejarah , ini ialah tahun dimana semua umat islam menyambut hari raya aidilfitri yang dikawal dan hanya boleh beraya ada hari pertama sahaja. Hal ini berlaku disebabkan pandemik covid-19 yang telah melanda dunia. Oleh itu, bagi memutuskan rangkaian virus covid-19, kerajaan telah meletakkan beberapa syarat untuk menyambut hari raya iaitu , mengehadkan 20 orang sahaja bagi setiap rumah dan aktiviti kunjung menyunjung hanya pada hari raya pertama sahaja. Walaupun raya kali ini agak berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini, tetapi bagi kebaikan semua , kita perlu jaga kita. Balik kepada tujuan utama blog aq pada kali ini, aq nak ceritakan satu lagi aktiviti yang aq minat selain daripada bersukan iaitu bidang fotografi. Walaupun aq tidak mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi tetapi aq suka mengambil gambar-gam...