Pengalaman Kuarantin Selama 8 Hari
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni dan masuk hari ke 8 hari kuarantin sempena Perintah Kawalan Pergekaan (PKP) bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19 di kalangan masyarakat. Langkah ini dilaksanakan dengan harapan jumlah individu positif covid-19 dapat dkurangkan. Mari kita ramai-ramai doakan penyebaran virus ini dapat dibendung dengan segera dan keadaan pulih seperti sedia kala Aminnn.....
Dulu bila orang cakap cuti mesti semua orang suka sangat ,lagi lama lagi seronok kan kan. ahaha. Tapi bila dilaksanakan PKP ni ramai orang tak boleh tahan dengan kebosanannya sebab satunya tak boleh keluar ke mana -mana kecuali beli barang keperluan saja itupon ketu keluarga sahaja. Yang nk dijadikan cerita, daripada hari pertama PKP lagi dah macam-macam kita boleh tengok dekat media sosial pelbagai karenah orang bila terlalu bosan di rumah. Antaranya, pelbagai resipi yang pelik dan baharu yang dapat dicipta bagi sesetengah orang. Sebai contoh, nugget makan dengan ubat gigi, maggi satay, ada jugak makanan dan minuman yang telah tular untuk dibuat seperti dalgona coffee. Minuman nescafe bersama susu.
Daripada kebosanan itu telah memberi kebaikan kerana dapat belajar dan mencipta menu-menu baharu untuk makan dan minum. Dari sudut lain juga , selama PKP ini juga ramai juga individu yang melalukan perkara -perkara yang diluar tabiatnya dan juga banyak perkara diluar jangkaan yang berlaku. Antaranya ialah, seperti seorang suami memakai baju kelawar isteri danmemasak di dapur. Selain itu, gambar peti ais yang telah tertanggal telah tular yang deberi label 'hari ke-4 kuarantin' perkara itu dianggap terjadi kerana kerap kali membuka peti ais sehingga pintu peti ais tersebut rosak. ahahahah. Macam -macam lagi yang berlaku dan tular di lamn sosial kini selama PKP berlamgsung.
Bagi aq pula, selama tempoh PKP ini ,aq tak dapat balik ke kampungku di Pulau Pinang kerana terkandas . Tak sempat nak balik, ada sekatan di sempadan negeri. Jadi, aq tinggal di rumah jurulatih sofbolku di kajang bersama 3 orang rakan yang lain dan 2 jurulatih aq lagi.
Permulaan PKP ini berlangsung, aq tak dapat rasa kebosanan sangat sebab ada 'assignment' yang perlu disiapkan . Paling malas pon kalau nak buat pon, aq boleh tengok tv, ahahaha.
Sepanjang 8 hari kuarantin ni, apa ja yang aq buat selain assignment , aq dengan rakan yang lain akan tolong jurulatih masak unutk makan pagi dan makan tengah hari. Pelbagai menu baru yang kami cuba. Antaranya, unutk sarapan pagi kami mencuba pelbagai menu roti bakar dengan pelbagai jenis inti.
Pada tengah hari pula, kami memasak pelbagai jenis menu yang berbeza pada setiap hari. Seperti , tomyam ayam, ayam masak sambal, telur masal sambal, telur masak lemak, ikan stim dan pelbagai lagi. Sepanjang PKP ni boleh dikatakan kerja nak makn saja sebb dh takdk kerja yang nak dibuat. Itularh sbb ada gambar pintu peti ais yang terkeluar tular di media sosial sbb kerap kali bukak pintu peti ais sbb nk makan ja . ahahahaha.
Oleh disebabkan PKP ni kerja makan ja , setiap petang ada ja kuih buat untuk minum petang seperti kuih buah melaka, cucur kodok, cucur bawang , karipap, roti jala dan pelbagai lagi. Rajin dak ahahaha. Takdak kerja punya pasal , jadi makanlah kerja dia .
Okay, pada waktu malam pulak iaitu 'movie time' ahaha, disebabkan PKP, astro bagi tontonan movie secara percuma . Jadi setiap malam, kami akan menonton movie aksi, seram dan lawak. Selain itu, kami juga bermain permainan dalaman seperti UNO kad , ataupon kami 'melepak dan bercerita kisah-kisah lawak dari pengalaman masing-masing.
Itularh rutin seharian aq selama PKP ni, Alhamdulillah.. xdak lagi larh benda pelik2 lagi aq buat disebabkan kebosanan melampau. ahahah. Selama PKP ni, jangansampai tak kelur rumah langsung , kena jugak keluar bersenam tpi jangan larh ramai-ramai, dan jaga jarak sosial 1 meter antara setiap individu. Bagi aq, setiap petang aq akan bermain badminton bagi badan berpeluh bagi badan sihat skit, tapi setiap kali berada diluar rumah dan nak masuk dalam rumah, aq dengan rakan akan cuci tangan diluar rumah dan apabila masuk rumah ja terus mandi bagi hindari virus covid-19.
Dekat bawah ni aq tunjuk 'time-lapse' pemandangan dekat depan rumah....Tenang aq tengok keindahan ciptaan Tuhan.
Itu saja post aq untuk kali ini. Diharapkan semua dapat mengikut PKP yang kerajaan perintahkan bagi membantu para pejuang negara di medan perang di hospital untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di Malaysia. Mari kita ramai-ramai berdoa agar situasi ini dapat dibendung dengan segera Aminnnn....













Did u aware yg video yg time lapse tu x boleh play pun? there is a play button but it's not working. boleh betulkan that part. yg lain, amboi.. bukan main meriah mknn dia. jenuh coach awak nak beli brg2 mentah anak2 buah dia semua pakat duk masak macam2. tapi dalgona coffee tu pun saya cuba hahaha. sedap kan? peti ais nak cabut tu mcm kes rumah saya la.. ramai kanak2 riang kt rumah ni mmg keje depa asyik nk mkn je. ni nasib puasa. tapi xlama lagi nak habis dh.. habislah
ReplyDeleteok puan😅
ReplyDelete