Perbezaan Sukan Softball, Baseball dan Kriket

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita pada minggu ini. Aq harap semua sihat, jaga kesihatan, duudk rumah masing2 , jangan keluar pi mna2 . Hindari penyebaran covid-19.

Pada kali ini, aq nak cerita berkaitan perbezaan antara sukan softball, baseball dan kriket . 3 sukan ini seringkali buat kita keliru sebab 3 sukan ini ada teknik memukul dan lari. Pada realitinya 3 sukan ini mempunyai perbezaan yang tersendiri dan amat ketara.

Perbezaan utama antara 3 jenis sukan ini , dari segi peralatan permainan itu sendiri , iaitu , pemukul(bat), bola, helmet , dan lain2. Bagi sukan softball dan baseball, pemukul dan bola nampak sama tapi sebenarnya tak pon. iaitu dari segi saiz bola dan saiz pemukul. Bagi softball, bolanya lebih besar dan dan berwarna hijau dan pemukul lebih besar manakala baseball menggunakan bola yang lebih kecil dan berwarna putih dan pemukul yg lebih kecil. Untuk sukan kriket jugak menggunakan bola dan pemukul, tetapi bola yg digunakan sama saiz dgn bola baseball dan pemukul kriket yg mempunyai permukaan yg rata sebagai tempat untuk memukul bola. dari segi peralatan ini, kita nampak perbezaan antara 3 sukan ini.

(softball)

(baseball)

(kriket)



Seterusnya, 3 sukan ni dapat dibezakan dengan peraturan permainan itu sendiri. Jika kita tengok persamaan sukan softball, baseball dan kriket ini dulu. Dalam 3 sukan ini, setiap permainan ada 2 pasukan , iaitu pasukan memadang dan pasukan memukul. Dalam permainan Softball dan Baseball terdapat, 9 orang pemain dan 6 orang simpanan manakala sukan Kriket mempunyai 11 orang pemain. Bagi sukan softball dan baseball padang nya berbentuk 'diamond' dan saiznya lebih kurang sama saja, cuma padang baseball lebih besar berbanding padang softball. Padang kriket pula berbentuk oval.







Dalam permainan softball dan baseball, pasukan memukul akan pukul bola dan lari dan pasukan memadang akan menangkap bola untuk memastikan pemain. yang membezakan 3 sukan ini dari sudut ini ialah, bagi sukan softball dan baseball, dalam satu 'inning' setiap pemain diberi peluang 3 kali cubaan untuk memukul bola atau lebih jelas jika pemukul dapat 3 'strike',pemukul akan dikira mati. Pemukul yang dan mati masih boleh berpeluang memukul lagi pada 'inning' seterusnya dan jika 3 orang mati ('3 out'), pasukan memadang pula akan memukul. Permainan berlangsung mengikut masa dan 'inning'. Selain itu, pemain yang boleh mati (out) apabila pemain(pemukul) di'tag' dengan bola. Bagi sukan softball dan baseball, mata dikira apabila pemukul berjaya dapat larian ke 'home'. pasukan yang memperoleh mata paling banyak dengan masa permainan, akan dinobatkan sebagai pemenang.

Bagi sukan kriket, terdapat banyak jenis permainan seperti test criket, one day international (ODI) 50 overs dan T20 (20 overs). Bagi sukan kriket, 1 overs bersamaan dengan 4 minit, jadi masa tidak dapat ditentukan dengan tepat pada setiap-setiap permainan. Jika 50 overs bersamaan 3 jam lebih dan 2 pasukan menjadikan 6 jam lebih atau dapat dikatakan bermain sepanjang seharian. Pemukul boleh memukul banyak kali, selagi pemukul itu belum mati(out) pemukul itu boleh pukul walaupun masa melebihi 2 atau 3 jam dan jika pemukul mati, pemukul tersebut tidak boleh memukul lagi sehingga tamat permainan. Bagi sukan krket , 'wiket ' ialah nyawa mereka kerana bila pihak memadang dapat bola dan menyentuh wiket, pemain tersebut akan mati. Permainan kriket ialah permainan yang paling lama dimainkan iaitu 2-3 hari. FUHHHH.... 


Tu antara link2 yang boleh tengok cara permainan softball,baseball dengan kriket.

Last aq nak kongsi , apa yang aq suka berkaitan 3 sukan ialah pakaian seragam dia yang sangat kemas. Kalau bagi yang beragama islam tu ia menutup aurat. Kekemasan tu sangat penting. Jom tengok pakaian seragam 3 sukan tu.







Nahhh, gambar yang terakhir tu paling mengulit kenangan aq, kenangan bermain bersama pasukan softball mewakili negeri Pulau Pinang pada tahun 2017, di Johor Darul Takzim. Bnayak kenangan pahit dan mains kami lalui bersama. Terima kasih kawan-kawan ,cikgu dan jurulatih.

Itu sja yang boleh aq cerita pada blog kali ini. Jumpa lagi . dan jangan lupa jaga kesihatan . STAY AT HOME .

ASSALAMUALAIKUM.....


Comments

  1. Byk sangat salah eja ni.. betulkan nnt ok. To me your explanations still unclear unless i have to watch the video i guess. kenapa tak terus letak video tu kat sini instead of link je? better terus letak sini je video tu ok. Good info btw. keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fotografi

Pengalaman Kuarantin Selama 8 Hari

Pengalaman Sebagai Atlet Negeri