SIPEK UNITY CAMP
ASSALAMUALAIKUM semua, alhamdulilah saya masih dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang takala kini dihangatkan dengan isu semasa kes covid-19 yang semakin meningkat bilangannya. Alhamdulillah jugak di bumi Bangi ini tidak ada lagi sebarang kes berkaitan covid-19 ini. Saya berharap , kes ini akan selesai dengan segera. Aminn..
Disini saya ingin menceritakan peristiwa dan pengalaman yang menarik yang telah saya lalui. Pada hujung minggu yang lalu, saya dan rakan seketariat yang lain iaitu Seketariat Integrasi dan Perpaduan Kaum (SIPEK) Kolej Ungku Omar, telah menganjurkan program perkhemahan iaitu Pardus Unity Camp (PUC) di Radiant Campsite Janda Baik, Pahang Darul Makmur. Program ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan kaum dalam masa yang sama mendekatkan diri pelajar-pelajar dengan alam sekitar.
Suatu kem yang amat menarik untuk anak muda zaman sekarang. Kem ini diseratai oleh pelajar-pelajar dari pelbagai kolej dan pelbagai bangsa. Kem ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Pengisian program yang menarik dan dapat mencapai objektif yang diinginkan.
Perjalanan kem ini bermula dengan bertolak dari Kolej Ungku Omar pada pukul 8 pagi. Perjalanan ini mengambil masa selama 2 jam. Tibanya disana , peserta-peserta dibahagikan kepada kumpulan mengikut elemen tanah, air, kilat, api ,solar dan angin. Seterusnya, perjalanan aktiviti kem ini diteruskan dengan aktiviti 'building with nature' apabila setiap kumpulan hanya diberikan tali raffia untuk membina model atau gubahan dengan menggunakan bahan terpakai dari tumbuhan yang telah mati seperti ranting kayu, dan bunga-bunga. Setiap binaan model juga mempunyai fungsi tersendiri yang digunakan balik seperti rak kasut dan barang penghiasan.
Aktiviti diteruskan dengan sesi membuat 'kolam' iaitu aktiviti tradisi masyarakat india. Dengan bertemakan 'nature' kreativiti peserta telah terselah di slot ini. Pelbagai jenis corakan 'kolam" yang dihasilkan oleh setiap kumpulan, bukan sekadar cantik tetapi penuh dengan simbolik alam sama seperti tema. Selain itu, selain mempelajari cara membuat kolam, peserta juga didedahkan tujuan masyarakat india membuat kolam. Kolam ini bukan sahaja dibuat kerana tradisi masyarakat india, malah kolam yang dibuat dengan memnggunakan beras hancur itu yang dapat menjadi makanan kepada binatang-binatang kecil seperti semua dan burung.
Aktiviti petang diteruskan dengan Sungai Benus Eco Challege iaitu akativiti meredah sungai di kawasan Janda Baik. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan mendekatkan diri peserta dengan alam sekitar hidupan air tawar. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi sepanjnag aktiviti ini seperti kawasan air yang dalam sehingga ke paras dada, kawasan permukaan batu licin yang menyukarkan perjalanan kami untuk ke hujung kawasan sungai. Alhamdulillah , walaupun banyak cabaran, tiada kecedaran atau kemalangan yang berlaku. Aktiviti yang sangat mencabar tetapi amat menyeronokkan .
Pada sesi malam , aktiviti diteruskan dengan 'surviving in nature' dan 'poison box'.Dalam aktiviti , peserta diajar cara menyalakan api dengan rating-ranting kayu di dalam hutan seterusnya cara untuk memasak roti liilt iaitu makanan yang boleh dimakan ketika di dalam hutan. Mudah, ringkas dan sihat. 'Poison box' aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama peserta dan ajk.
'Poison box' ialah aktiviti terkahir pada hari pertama kami disana, walaupun banyak aktiviti yang dilakukan, kami tetap gembira.
Hari kedua kami di Janda Baik, Pahang.....
Suasana pagi yang sejuk, udara yang segar kami dapat rasakan seakan di luar negara..
Kami mulakan aktiviti dengan aktiviti senamrobik ringkas dan seterusnya ' amazing race' bagi mengeratkan kerjasama antara ahli kumpulan dan perpaduan kaum. Pelbagai ktiviti dilakukan yang pastikan sangat menarik dan mencabar.
Minggu yang penuh dengan perkara yang berfaedah dan mengajar banyak perkara baru kepada peserta dan juga kepada saya sendiri sebagai ajk Pardus Unity Camp.
Ribuan Terima Kasih kepada semua ahli SIPEK dan Ketua Program PUC Camp atas pengalaman dan tunjuk ajar yang sangat bernilai ini.
Itu sahaja untuk penulisan kali ini, sehingga kita berjumpa di hari ini. Terima Kasih dan ASSALAMUALAIKUM..

Salam Marsyitah,
ReplyDeleteOn content, to me dh cukup baik. penulisan awak cukup santai dan sgt smooth.illustration semuap pun dah ok dah. But maybe you could improve on the background. bg color2 skt ok.. putih ni nampak dull sgt. Keep it up!
Please also correct few misspelling here and there ok
ReplyDeleteok puan 😅
Delete