SOFTBALL di hatiku.

Assalamualaikum.... pada hari ini saya ingin menceritakan minat utama saya iaitu bermain sukan SOFTBALL. Saya dibesarkan dengan sukan softball iaitu sejak berumur 11 tahun sehingga kini.  Kini saya telah berjaya meyambung pelajaran di UKM, saya meneruskan minat saya untuk bermain softball dengan lebih lagi di UKM, kerana saya dapat peluang menyertai pasukan kolej dan pasukan kelab luar RIOTZ. Mungkin sukan ini tidak jarang diperkatakan di Malaysia tetapi sukan ini sedang berkembang di Malaysia. Tambahan pula, selepas peristiwa kejayaan pasukan softball wanita memperoleh pingat di sukan SEA GAME Philipine 2019, sukan softball semakin berkembang pessat di Malaysia.

Kini di UKM, rutin harian saya pada setiap petang ialah berlatih softball sebagai persediaan pertandingan yang akan datang bersama-sama rakan pasukan saya yang lain.
Disini saya nak cerita sedikit kenapa saya suka akan sukan SOFTBALL ini, yang utama ialah kerana softball ini sukan yang dapat mengeratkan ikatan silaturahim atau persahabatan dengan kawan-kawan walaupun baru kenal kerana apabila kita bermain dalam satu pasukan atau berlatih bersama-sama, saling berkomunikasi dan saling ajar-mengajar perkara yang baru dapat mengeratkan silaturahim sesama kami.

Selain itu, sukan softball ini mengajar saya untuk berdisiplin dari segi latihan. keinginan saya untuk menjadi pemain softball yang hebat. Oleh itu, saya perlu berdisiplin dengan berlatih dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, saya jugak belajar untuk berdisiplin dalam membahagikan masa antara minat dan akademik. Sebagai seorang atlet, pembahagian masa adalah sangat penting, jadi saya berjaya membahagikan masa dengan berlatih dan masa untuk belajar.

dengan pengalaman yang saya ada, saya dapat rasakan sukan softball adalah sukan yang paling hebat, paling seronok dan paling bermakna . kegembiraan bermain sukan ini bila kita dapat bermain dan bersama-sama rakan pasukan, bersatu dalam perlawanan bersama-sama bekerjasama untuk mencapai kejayaan.

Keinginan saya untuk sukan softball ini agar lebih berkembang di seluruh negara sehingga ke peringkat antarabangsa. Disini jugak saya ingin mengajak pembaca-pembaca untuk mencuba sukan ini. Saya pasti anda akan suka.

Disini saja nukilan saya, sehingga berjumpa di lain hari.

Assalamualaikum dan terima kasih.








Comments

  1. Salam Marsyitah,
    I can feel how much you love softball. tbh, i'm quite confused the diff between softball, baseball and cricket. They all look the same to me. Maybe you could make a post to tell diff between those games later :D
    Anyway, good job on your 1st posting. Completed with all pics and label is checked.
    Keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fotografi

Pengalaman Kuarantin Selama 8 Hari

Pengalaman Sebagai Atlet Negeri