Cara Jahit Bola Sofbol

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca pembaca blog . Alhamdulillah aq diberi kesihatan yang kuat sepanjang kegawatan musim virus covid-19 ini. Sehingga hari ini, sudah 23 hari PKP dijalankan sehingga telah masuk fasa PKP Diperketatkan bagi membanteras penularan jangkitan covid-19 ini. Terima kasih kepada semua pejuang-pejuang barisan hadapan negara dan juga kepada pemimpin dan rakyat-rakyat Malaysia yang bersama-sama banteras virus covid-19 ini.

Ok, itu sedikit sahaja coretan mengenai isu semasa terkini. Tetapi pada kali ini, aq nak kongsikan apa yang aq belajar. Benda baru yang aq belajar yang sangat berguna kepada aq, iaitu cara untuk menjahit bola sofbol. Sebagai seorang atlet sofbol, peralatan yang kita selalu beli untuk training tu benda yang kita sayang terutama bola. Bila guna lama mesti tali akan reput dan akan koyak. Nak beli baru mahal , kalau beli pon benda yang sama akan jadi. Jadi aq belajar daripada jurulatih aq sendiri cara nak jahit bola , tak cantik macam mna bola baru tu pon takpa, janji bola boleh pakai training lagi . Apa yang aq blajar ni kira satu kelebihan jugak sebb aq dh banyak habiskan duit aq beli bola baru sbb bola rosak. jadi bila dah pandai jahit bola ni , jimat skit duit aq nk beli bola baru kan.




Tengok macam dalam gambar ni antara bola-bola yang dh rosak. Antara sebb-sebb bola boleh jadi macam ni sbb bola tu dipukul selalu dan paling cepat bola tu rosak sbb bola tu tergeser atau melatun atas permukaan simen atau jalan tar . haa lagi cepat rosak. Sebb tu kalau nak main sofbol, main dekat padang.

Bola sofbol antara benda yang paling penting dalam sukan sofbol. ada 'glove' tapi xdk bola , tak bola nk main sbb sukan sofbol nih sukan yang lebih kepada kemahiran membaling bola. Jadi bila bola rosak tu dia akan jadi suatu kesukaran kepada kita semasa nak membaling sbb bola tu rosak dan boleh menjadi ganguan kepada kita.





Jika diikutkan kilang-kilang yang mengeluarkan bola sofbol atau baseball, untuk jahit bola tu guna dua jarum, tapi apa yang belajar cuma guna satu jarum, itupun guna jarum 'diy' guna jarum peniti yang pakai dekat tudung tu . Guna playar untuk bengkokkan dia macam jarum doktor guna untuk jahit isi manusia tu. haaaa

Tali yang kami gunakan adalah tali untuk memancing ikat, tali tu kuat dan tahan lasak . Walaupun dia lain daripada tali yang asal , dia tetap cantik dan berguna .

Mula-mula masukkan tali ke dalam lubang jarum dan potong .Biarkan tali itu begitu dan jangan ikat macam nak jahit baju pulak .ahahah. bukan ya...

Masukkan jarum ke dalam salah satu lubang bekas jahitan yang lama di awal permulaan untuk nak jahit. Tarik jarum dan biarkan satu tali sahaja di dalam lubang . Tarik jarum dan tinggal sedikit lebihan tali untuk kita simpul matikan dia sebagai permulaan untuk kita jahit. Kalau boleh, jahitan permulaan untuk pemati tali tu tali dari dalam keluar ok.

Kemudian, masukan jarum di dalam lubang sebelahnya dari luar ke dalam dan tarik keluar. Ulang langkah ini sehingga di akhir lubang bekas jahitan bola yang terkeluar . Pastikan selepas dua tau tiga kali jahitan , tarik tali jahitan tu untuk kemaskan jahitan. Taklarh nanti bola tu kembang atau jahitan tu longgar.

Di akhir jahitan bola , jahit lebih satu atau dua lubang daripada lubang terakhir yang benang asalnya terkeluar  dan matikan ikatan sebanyak dua atau tiga kali . Kemudian potong lebihan tali tersebut. Lebihan tali memancing kan keras  Jadi, boleh layur dengan api supaya lebihan tali tu lebih kemas .

Langkah keselamatan semasa nak buat ialah. pakai sarung tangan , dan guna playar yang bermuncung tajam untuk memudahkan untuk tarik jarum.dan jaga keselamatan anda ok.








Aq harap apa yang aq kongsikan pada kali ini berguna untuk hampa, walaupun pada hakikatnya memang sangat berguna . Yalarh bola bila selalu guna rosak, and boleh di perbaiki. Dah larh dapat menjimatkan duit kan, tu yang paling penting. Boleh tengok gabar bola-bola yang dh siap dijahit. Maaf sbb taknmpk, maklumlarh tali memacing warna putih jernih tuh.

Jadi itu saja perkongsian aq pada kali ini. Jumpa lagi. jaga diri.

Assalamualaikum.









Comments

  1. Nice.. very good. at least u belajar something new yg sgt useful for you bila duduk rumah coach kan.. good job! keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fotografi

Pengalaman Kuarantin Selama 8 Hari

Pengalaman Sebagai Atlet Negeri