Pengalaman Pulang Ke Kampung Dengan Pengurusan Bas UKM

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera semua.. semua sihat??? ahahah
Ok untuk hari ini , aq nak cerita pengalaman aq pulang ke kampung dengan oengurusan pihak UKM. Tapi sebelum itu, aq nk luah rasa sedih apabila seperti dalam penulisan blog aq sebelum ini, aq gembira sangat bila dapat masuk UKM , dan dan ingin menikmati detik-detik manis kehidupan di kampus .. tetapi aq hanya daoat merasai selama saru semester saja .. atas kententuannya, segala ujian yang dia bagi pasti ada hikmahnya ..Aq juga pernah ceritakan yang selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nih aq tinggal di luar kampus dan tidak sempat untuk pulang ke kampung halamanku ..Jadi setelah kerajaan melaksanakan PKP 5, kerajaan bersetuju untuk menghantar pelajar-pelajar yang terkandar di kampus dan diluar kampus untuk pulang ke kampung masing-masing..Aq adalah salah sorangnya.

Tindakkan kerajaan ini amat baik untuk pelajar-pelajar kerana keininginan setiap orang untuk bersama keluarga tersayang tambahan pulak sewaktu bulan ramadhan. Walaupun begitu, banyak Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat bagi mengelakkan keberjangkitan penyakit virus covid-19 ini.

Pada fasa permulaanya , kami sebagai pelajar akan dikumpulkan di dewan DECTAR pada 6 petang hari kami akan pulang selepas mendapat panggilan dari pihak UKM sehari sebelumnya. Kegembiraan yang tak terkata selepas mendapat panggilan itu untuk pulang ke kampung halamanku di Pulau Pinang.
SOP pertama yang kami sebagai pelajar perlu buat ialah datang ke UKM dengan memakai penutup mulut dan dan hidung serta membawa pen sendiri untuk mengisi borang . Selain itu, kami sentiasa diingatkan untuk menjaga jarak antara satu sama lain iaitu 1 meter.

Setelah tiba di DECTAR UKM , kami akan diberi borang pengisytiharan kesihatan untuk mengetahui sejarah-sejarah kesihtan.



Kemudian kami  dikendaki untuk memeriksa suhu badan sebagai bukti sihat daripada virus covid-19, dan seterusnya akan pergi ke kaunter daerah yang kami ingin turun iaitu, daerah yang berhampiran dengan rumah masing-masing. Ketika itu jugak, kami diberi surat sokongan pulang ke kampung halaman masing-masing sebanyak 3 helai . Borang yang sangat penting kerana tanpa borang itu, pihak UKM dan pihak polis tidak akan benarkan pelajar untuk naik bas untuk pulang ke kampung. 




Kemudian setelah selesai bahagian surat , kami akan masuk ke dalam dewan DECTAR untuk duduk mengikut bas masing-masing dan menyusung beg dengan baik untuk disanitasikan. Kami juga dimaklumkan untuk membawa makanan dan minuman bersama kerana cecair sanitasi tidak baik apabila terdedah kepada makanan dan minuman. Selain itu juga, kami dimintak untuk membalut barang eloktronik seperti laptop agar dikuatiri rosak .

Selepas selesai proses sanitasi beg , dan borang sokongan sudah disahkan oleh pihak polis , kami akan secara bergilir-gilir  mengikut bas masing-masing untuk pulang ke kampung halaman.




Selain daripada beg-beg disanitasi , bas akan disanitasi 3 jam sebelum bertolak. Beg akan disanitasi sebelum diletakkan di dalam perut bas dan tapak kasut setiap pelajar juga akan dinasitasi juga.. Dalam semua proses , penjarakkan sosial amat ditikberatkan..  Ketika dalam bas jugak, setiap tempat duduk di dalam bas hanya boleh seorang sahaja daripada kebiasaanya 2 orang dan secara berselang-seli.

Tak lupa juga, dari segi makanan, pelajar akan diberi makanan sebelum berbuka berupa nasi berlauk, kurma, air dan dan... Kami juga diberi bekal roti sebagai tambahan . Dan sebelum naik bas , kami akan diberi beg makanan untuk sahur sewaktu perjalanan pulang dan  juga diberi kuih raya ..huhu..

Disebabkan perjalanan kami pulang waktu malam, kami hanya berhenti di satu hentian rehat tapah pada pukul 4:30 pgi untuk sahur dan dan urusan2 lain.  Apabila ada pelajar turun ke tandas, pelajar tersebut akan diberi cecair pembasmin kuman untuk dipakai. 

Perjalanan diteruskan sehingga ke destinasi yang ditetapkan. Perjalanan Ketikayang diambil untuk sampai ke destinasi iaitu selama 6 jam (2-8 pagi) sampai di tempat perhentian, waris setiap pelajar akan dibenarkan masuk mengambil pelajar secara bergilir dan masa yang sama, beg pelajar sekali lagi akan disanitasi ..... 


Alhamdulillah, dapat balik ke pangkuan keluar jugak selepas 2 bulan terkandas . SOP yang amat baik..
Terima kasih UKM, terima kasih barisan hadapan yang sanggup bergadai nyawa untuk masyarakat dan terima kasih KPT kerana benarkan pelajar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. 











Comments

  1. ok, so awak salah seorang student yg terkandas n baru juga balik ya. takpe, pengalaman tu kan. Alhamdulillah glad you are fine. kat Penang jgn pi mana naa.. duk rumah ja ok. Good job!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fotografi

Pengalaman Kuarantin Selama 8 Hari

Pengalaman Sebagai Atlet Negeri