Perjalanan dan Pengorbanan Untuk ke Menara Gading

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,  sedar tak sedar Malaysia kini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 5 (PKP5). dan Alhamdulillah, kes positif di Malaysia hari demi hari telah menurun.

Kembali kepada tujuan asal penulisan blog ini, pada kali ini aq ingin cerita perjalanan aq sebagai seorang mahasiswa buat pertama kalinya ..

Selepas tamatnya peperiksaan SPM pada tahun 2016, aq telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajar di tingkatan 6. Walaupun ramai rakan-rakan aq cakap tingkatan 6 ini susah, dan mereka lebih mahukan aq menyambung pelajaran di peringkat diploma yang dikatakan lebih baik dari tingkatan 6, tetapi aq tetap dengan keputusan ku untuk belajar di tingkatan 6.

Perjalanan hidup aq sepanjang di tingkatan 6 ada suka dan duka, kerana pada peperiksaan penggal pertama , aq telah mendapat keputusan yang tidak baik kerana subjek wajib masuk universiti iaitu Pengajian Am, aq telah mendapat gred gagal. Subjek yang sangat penting, walaupun subjek lain keptusan elok macam mana pun, jika gagal Pengajian am, akan dikira gagal jugak. Sejak dari itu, aq berasa seakan mahu putus asa , tetapi x semudah itu aq nak terus putus asa . Selepas dari itu, aq telah menitip matlamat untuk 'revenge', membalas dendam terhadap keputusan peperikasaan semester 1 aq yang teruk itu pada semester 2 dan 3.



Diringkaskan cerita , pada peperiksaan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) , aq telah memperoleh keputusan yang selama ini aq tak sangka yang bagi aq , memang mustahil dapat aq perolehi. Alhamdulillah aq telah memperoleh 4.0 dan memnjadi pelajar terbaik di kolej aq iaitu Kolej Tingkatan 6, Desa Murni, Pulau Pinang.



Lepas tamatnya STPM, ini larh detik yang tunggu-tunggu iaitu untuk masuk ke universiti , tetapi banyak persoalan yang ada dalam fikiran aq . Nak masuk universiti mana? Kos apa? Betul ka aq pilih? Dapat ka kalau aq pilih universiti tu, kos tu? . Hmmm

Keinginan aq untuk masuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebab utamanya kerana pembelajaran dalam bahasa melayu, ahhaahh. aq lemah betul dalam bahasa inggeris . Selain itu, aq telah lama terpikat dengan UKM kerana ketika aq di tingakatan 6, aq telah didedahkan berkaitan UKM , ketika kem yang berlangsung di sekolah ku  yang  dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang UKM . Banyak info-info menarik berkaitan UKM yang aq dapat.

Sepanjang tempoh sebulan sebelum aq mendaftar , banyak persiapan-persiapan yang perlu aq lakukan, seperti sediakan dokumen-dokumen penting, lakukan ujian kesihatan dan x-ray, siapkan pakaian dan peralatan penting . Ini lebih mendebarkan dan takut kerana aq tak pernah tinggal di asrama seumur hidupku tetapi tahu serba sedikit saja kerana aq ada pengalaman latihan dan pertandingan sofbol tapi paling lama 2 minggu sahaja. Tetapi , ini berbeza kerana , bila dah masuk universiti, ia diibaratkan rumah kedua bagi kita .
Tambahan pula, aq tidak ramah bila dapat tahu sebilik 2 orang .. Tetapi aq akan cuba biasakan..

Tibahari pendaftatan aq  di UKM, minggu pertama aq di UKM walaupun agak jnanggal , tetapi sangat seronok . Jika orang lain, minggu orientasi mesti dapat kenal ramai kawan, tetapi berbeza bagi aq , sebab aq hanya bertegur-tegur sikit , itupun nak tanya apa yang sedang berlaku dan nak pergi mana selepas habis program.. Aq seorang yang tak ramah .. Aq dapat rakan pon ketika hari keempat orientasi iaitu kawan depan bilik aq dengan roomate aq , ahahaa

Hari demi hari , aq terus kena berubah supaya lebih ramah kerana kehidupan di universiti mengajar aq untuk perlu banyak kenal orang supaya boleh dapat banyak maklumat tapi jgn terlalu terikut dengan orang kerana boleh membawa ke perkara negatif .

Selepas sebulan kehidupan di Universiti, aq telah banyak belajar pekara baru. Benda paling penting ialah penerimaan terhadap norma pembelajaran yang berbeza dengan apa yang kita lalui ketika zaman persekolahan dulu, yang lebih kepada untuk kita belajar sendiri. Kita cari pensyarah, pensyarah takkan cari kita.

Alhamdulillah, selepas 3 bulan berada di Universiti, aq telah biasakan diri dengan normal kehidupan dan dan pembelajaran yang bagi aq baru dalam hidup aq . Walau apa yang berlaku , jangan cepat putus asa.


Comments

  1. congrats dpt 4.0. bukan senang nak bangkit dari kekalahan, but u did it! congrats again! cuma posting ni cerita banyak but kurang illustration. gambar yg ada pun tak boleh nak view. betulkan ok. and banyak lagi salah eja tu. pun betulkan ok. keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fotografi

Pengalaman Kuarantin Selama 8 Hari

Pengalaman Sebagai Atlet Negeri